MELINDUNGI SPESIES YANG TERANCAM

"HARGAILAH HIDUPAN DI MUKA BUMI UNTUK GENERASI AKAN DATANG"

Flora dan fauna… 9 Mei 2012

Filed under: Uncategorized — azzuraahmad @ 00:18

Flora dan fauna

Apa itu flora?dan apa pula fauna?..flora ialah keseluruhan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sesuatu kawasan pada satu-satu masa manakala fauna mewakili semua haiwan yang hidup di suatu kawasan tertentu..jadi, kepupusan flora dan fauna adalah kemusnahan dan kepupusan semua tumbuhan dan haiwan.

Di Malaysia pada penghujung 1989 anggaran 18.5 juta hektar atau 56.3 peratus daripada bumi di Malaysia diliputi hutan. Hutan hujan tropika kaya dengan flora dan fauna. Di semenanjung Malaysia lebih kurang 8000 spesies tumbuh – tumbuhan berbunga yang direkodkan dan 2500 daripadanya ialah spesies pokok. Dari segi faunanya 200 spesies mamalia , 115 spesies ular , 80 spesies katak dan 80 spesies cicak telah disenaraikan.

Hutan bukan sahaja berfungsi sebagai habitat kepada flora dan fauna tetapi mempunyai kepelbagaian fungsi seperti sumber ubat-ubatan dan kawasan tadahahan air.

Dalam membincangkan tentang kepupusan flora dan fauna ini kita lihat bagaimana orkid hutan yang cantik telah dilapurkan hampir pupus, faktor ini mungkin disebabkan oleh keadaan bumi dan perilaku manusia dan kian menggugat kestabilan alam. Hidupan seperti penyu dilautan juga kian terancam, menurut laporan Pusat Santuari Penyu Rantau Abang, Terengganu melalui kajian mereka menunjukkan bahawa pada tahun 1986 terdapat 5665 ekor penyu mentarut tetapi pada tahun 1994 hanya tingga 2247 ekor sahaja. Ini jelas menunjukkan bahawa kepupusan penyu mentarut ini jika tidak dibendung akan menyebabkan generasi akan datang tidak lagi mengenali speisi penyu ini.                        

Apa faktor-faktor yang menyebabkan kepupusan ini???
1)Pembalakan haram
2)Pembakaran hutan
3)Pembukaan tanah-tanah baru
4)Pemburu haram
5)Peningkatan suhu dunia
6)Pencemaran

so, bila dah ada punca, mstila ada cara mengatasi kan…

1)Mendokumentasikan kekayaan dan kepelbagaian spesis yang ada dalam hutan sebelum sesuatu tindakan mengubah status kawasan dilakukan.
2)Mewujudkan sistem pengurusan hutan berkekalan yang dapat melindungi unsur-unsur hutan terutama kepelbagaian hayat spesis yang menghadapi bahaya kepupusan.
3)Penanaman hutan semula, menghadkan atau menentukan kapasiti hasilan hutan
4)Mengiktiraf lebih banyak kawasan hutan asli sebagai taman rekreasi ,taman laut atau taman negara dengan keluasan mencukupi.
5)Memperketatkan akta dan tindakan undang-undang pembalakan khasnya untuk mencegah pembalakan haram.,( membalak di kawasan perlindungan hutan – TAMAN NEGARA ) pemburuan haram atau pemusnahan spesis tumbuhan yang tidak terkawal seperti tumbuhan jenis orkid .
6) Masalah pembalakan haram – Laporan Trade Records of Fauna and Flora menyebut di antara tahun 1986 dan Jun 1990 –500.000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi kelulusan jumlah kawasan yang dibenarkan hanya 320.000 hekter.
7)Pemeliharaan penyu di pusat Santuari Penyu Rantau Abang.JumlahBancian penyu mendarat di Rantau Abang didapati merosot di mana jumlah pada tahun 1996 sebanyak 5665 ekor merosot kepada 2247 ekor pada tahun 1994.
8)Menjalankan usaha penyelidikan oleh FRIM, Perhilitan dan Jabatan Alam Sekitar..Contohnya usaha-usaha pihak pihak Perhilitan untuk mengkaji kepupusan Harimau Malaya.(Sekarang jumlah hanya 600 ekor seluruh Malaysia )
9)Penguatkuasaan Undang-undang oleh kerajaan
10)Akta kualiti Alam Sekitar ( EQA) 1974
11)Pembuangan sisa minyak ke laut di denda RM 500.000
12)Pelan Tindakan Kebangsaan Pendidikan Alam Sekitar 1986
13)Peraduan menulis esei ,puisi dan kempen-kempen (Cintailah Sungai kita )

 

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s